Jom Kita Kenali Secara Dekat SARS nCOV (Coronavirus 19)

Menyelusuri laman sesawang antarabangsa dan mencari titik kebenaran serta fakta yang didapati melalui kajian para doktor- doktor pakar seluruh dunia berkaitan dengan sejarah penularan wabak  penyakit yang bersifat membunuh.

Berhari-hari mencari  dan akhirnya beberapa bukti berlandaskan sejarah penularan penyakit ini berlaku dan mengapa inaya berlaku dan bagaimana bentuk proses penyembuhannya. Sekarang kita tidak tahu bagaimana pengakhiran wabak ini, adakah ianya akan menjadi wabak yang tanpoa kesudahan?  Hanya Allah yang maha mengetahui.

Menjelajah sejarah silam tragedi pandemic ini, menurut catatan  terdapat 5 wabak yang telah meragut jutaan jiwa sewaktu penularannya.Pada tahun 540 satu wabak yang telah menular akibat bawaan tikus melalui pedagang ketika itu.Wabak ini telah menular kebandar Bandar besar sehingga ianya merentas benua. Kesan dari penularan ini telah menyebabkan  kematian 100 juta jiwa.



Beberapa wabak yang tercatat ialah

  1. The Black Death (abad ke 14) -100 juta jiwa
  2. Wabak Huey Cocoliztli (abad ke 16) –Masyarakat Aztec ( 18 juta jiwa) Masyarakat Aztec  seramai 20 juta telah tinggal hanya 2 juta sahaja.
  3. Wabak besar Yunnan (tahun 1855)-Bawaan tikus.
  4. Wabak penyakit cacar- Bermula di Afrika dan merebak ke seluruh dunia.

Sekarang kita berada didalam abad 21 yang mana kita juga tidak terlepas dari penularan wabak yang mana telah meragut jutaa jiwa. Diantara wabak yang wujud  dan amat ditakuti ialah.

  1. SARS (2003)
  2. H1N1 Pandemik Influeza  (2009)
  3. MERS atau MERS Cov 2012
  4. Ebola 2014-2016
  5. SARS Covid 19 (2019- kini)

Jika kita melihat turutan dan punca jangkitan penularan wabak ini ianya mempunyai kaiatan diantara satu dengan yang lain.  Covid 19 ini sudah mula merebak sejak pada tahun 1918 yang mana dinamakan Spanish Flue.



Asian Flu telah mengantikan Spanish Flu pada tahun 1957 dan seterusnya  wabak Hong Kong Flu pada tahun 1968. Dalam satu kajian yang telah dibuat wabak ini berlaku akibat perpindahan virus dari binatang seperti khinzie, tikus  kepada manusia yang pertama sekali berlaku disebuah tempat di Maxico yang bernama La  Gloria.

Mari kita kenali Covid 19



Koronavirus atau virus korona ialah sekumpulan virus berkaitan yang juga merupakan penyebab bagi penyakit di kalangan haiwan mamalia dan burung. Virus-virus ini berupaya menjangkiti manusia bermula dengan simptom-simptom jangkitan saluran pernafasan yang ringan seperti selesema biasa (majoriti disebabkan oleh rinovirus), sehingga penyakit yang boleh membunuh seperti SARSMERS, dan COVID-19.

Gejala-gejala yang dimanifestasi oleh virus korona ke atas spesies yang berbeza boleh berlainan, contohnya penyakit salur pernafasan atas untuk ayam, dan cirit-birit untuk lembu dan khinzir.

Laporan paling awal mengenai jangkitan koronavirus pada haiwan terjadi pada akhir 1920-an, ketika jangkitan pernafasan akut dari ayam peliharaan yang muncul di Amerika Utara. Arthur Schalk dan M.C. Hawn pada tahun 1931 membuat laporan terperinci pertama yang menggambarkan jangkitan pernafasan ayam baru di Dakota Utara.

Jangkitan anak ayam yang baru lahir disifatkan oleh tercungap-cungap dan kelesuan dengan kadar kematian yang tinggi 40-90%. Leland David Bushnell dan Carl Alfred Brandly mengasingkan virus yang menyebabkan jangkitan pada tahun 1933.



Virus itu kemudian dikenali sebagai virus bronkitis berjangkit (IBV). Charles D. Hudson dan Fred Robert Beaudette mengulturkan virus itu untuk pertama kalinya pada tahun 1937.

Spesimen ini dikenali sebagai strain Beaudette. Pada akhir 1940-an, dua lagi koronavirus haiwan, JHM yang menyebabkan penyakit otak (murin ensefalitis) dan virus hepatitis tikus (MHV) yang menyebabkan hepatitis pada tikus ditemui. Pada masa itu tidak disedari bahawa ketiga-tiga virus yang berlainan ini berkaitan.

Koronavirus manusia ditemui pada tahun 1960 menggunakan dua kaedah yang berbeza di United Kingdom dan Amerika Syarikat E.C. Kendall, Malcolm Bynoe, dan David Tyrrell yang bekerja di Unit Selsema Biasa Majlis Penyelidikan Perubatan British mengumpulkan virus selesema biasa yang dinamakan B814 pada tahun 1961.

Virus ini tidak dapat dibiakkan menggunakan teknik piawai yang sama seperti teknik dalam membiakkan rinovirusadenovirus dan virus selesema lain yang biasa. Pada tahun 1965, Tyrrell dan Bynoe berjaya membiakkan virus novel dengan menyebarkannya secara bersiri melalui kultur organ trakea embrio manusia.



Kaedah pembiakan baru diperkenalkan di makmal oleh Bertil Hoorn. Virus yang telah diasingkan ketika diinokulasi secara intranasal secara tiba-tiba menyebabkan selesema dan dinyahaktifkan oleh eter yang menunjukkan bahawa ia mempunyai kurungan lipid.

Dorothy Hamre dan John Procknow di University of Chicago mengasingkan novel selesema dari pelajar perubatan pada tahun 1962. Mereka mengasingkan dan mengembangkan virus dalam kultur tisu ginjal, menetapkannya sebagai 229E. Virus novel ini menyebabkan selesema secara tiba-tiba dan tidak diaktifkan oleh eter sama seperti B814.

Ahli virologi Scotland, June Almeida di St Thomas Hospital, London, bekerjasama dengan Tyrrell, membandingkan struktur IBV, B814 dan 229E pada tahun 1967. Dengan menggunakan mikroskopi elektron ketiga-tiga virus tersebut terbukti berkaitan secara morfologi dengan bentuk umum dan pancang berbentuk belantan.

Kumpulan penyelidikan di Institut Kesihatan Nasional pada tahun yang sama dapat mengasingkan ahli virus kumpulan baru ini menggunakan kultur organ dan menamakan salah satu sampel OC43 (OC untuk kultur organ).



Seperti B814, 229E, dan IBV, virus selesema novel OC43 mempunyai lonjakan seperti pancang berbentuk belantan yang khas ketika diperhatikan dengan mikroskop elektron.[36][37]

Virus selesema seperti IBV kemudiannya menunjukkan morfologinya yang berkaitan dengan virus hepatitis tikus. Kumpulan virus baru ini diberi nama koronavirus disebabkan penampilan morfologi yang tersendiri. Koronavirus manusia 229E dan koronavirus manusia OC43 terus dikaji dalam beberapa dekad berikutnya.

Strain koronavirus B814 hilang. Tidak diketahui penampilan seperti koronavirus manusia manakah strain tersebut.

Koronavirus manusia lain sejak itu dikenal pasti, termasuk SARS-CoV pada tahun 2003, HCoV NL63 pada tahun 2003, HCoV HKU1 pada tahun 2004, MERS-CoV pada tahun 2013, dan SARS-CoV-2 pada tahun 2020.Terdapat juga sebilangan besar koronavirus haiwan yang dikenal pasti sejak tahun 1960-an.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Koronavirus  

https://malaysia.cochrane.org/bahasa-malaysia/coronavirus-covid-19-langkah-kawalan-dan-pencegahan-jangkitan

Bagaimana dengan anda? Sebaiknya ikut langkah-langkah terbaik yang telah disarankan oleh kepimpinan anda bagi mengelakkan penularan wabak ini dan juga mengelakkan jangkitan kepada keluarga anda. Anda bertanggungjawab untuk membuat keputusan ini samada patut atau sebaliknya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button