DAYANG NURFAIZAH TERINGIN NAK KAHWIN, TAPI FATIN AFEEFA ‘NAK TUTUP KILANG’

Pelik tapi benar apabila Dayang Nurfaizah yang bakal mencecah usia 40 mengakui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga apabila melihat ramai rakan artis sudah menamatkan zaman bujang, tetapi bagi Fatin Afeefa, dia mahu ‘tutup kilang’ dan tidak mahu berkahwin lagi gara-gara trauma.

“Saya tak merancang tapi saya jealous… tapi semua itu adalah soal jodoh. Saya pun teringin tapi tengok la macam mana, insyaAllah kalau ada jodoh nanti,” kata Dayang, tetapi tidak mendedahkan calonnya.

Namun bagi Fatin pula, perkahwinannya yang terdahulu tidaklah sebahagia sebagaimana yang diharapkan. Meskipun usia masih muda, namun dakwanya dia sudah tidak teringin berkahwin serta tidak mahu lagi beranak.



“Saya tak nak lagi mendirikan rumah tangga. Mungkin buat selama-lamanya. Saya nak berkahwin dengan diri saya sendiri sahaja.

Klik untuk gambar besar

FADN%2B2.jpg

“Orang yang berkahwin ada yang sebab mereka mahukan anak. Saya sudah pun mempunyai dua orang cahaya mata. Saya dah ‘tutup kilang’ tidak mahu lagi berumah tangga.



“Saya tidak merajuk. Cuma bagi saya, perkahwinan semacam membuang masa sahaja. Nak jaga hati lelaki lagi,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Kesimpulannya, Dayang dan Fatin kini seolah berada dalam dua dunia yang berbeza. Seorang teringin, dan seorang lagi sudah tiada keinginan berkahwin.

Ini kerana, walau apapun jalan yang mereka pilih, itu hak mereka. Bak kata pepatah, ‘tepuk dada, tanya selera’. Tak gitu?

FADN%2B3.jpg



FADN%2B4.jpg

FATIN AFEEFA MOHON MAAF – ADAM SHAHZ NEKAD AMBIL TINDAKAN SAMAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button