Solskjaer perlu beri laluan – Ferdinand

Solskjaer perlu beri laluan - Ferdinand
Pengendali Manchester United Ole Gunnar Solksjaer digesa melepaskan jawatan oleh bekas rakan sepasukannya. – Foto AFP

Solskjaer perlu beri laluan – Ferdinand

LONDON: Rio Ferdinand menggesa Ole Gunnar Solskjaer supaya meninggalkan Manchester United kerana dia tidak akan berpeluang memenangi sebarang gelaran.

Solskjaer terus ditekan untuk meletakkan jawatan sebagai pengendali United susulan prestasi hambar skuad pemain bintangnya yang diperkuat Cristiano Ronaldo.

Prestasi United jauh ketinggalan di belakang Liverpool dan Manchester City seperti yang ditunjukkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.



Ferdinand mencadangkan sekarang masa yang tepat buat pengendali dari Norway yang juga bekas rakan sepasukannya itu memberi laluan kepada orang lain bagi memenangi trofi.

“Mungkin sekarang adalah masa yang tepat untuk memberikan baton kepada orang lain yang mampu membawa kami. Ole boleh pergi secara bermaruah sekarang.

“Sejak dia masuk dan mengubah nasib kami, di awal musim ini, dia amat positif. Dia sudah melakukan apa yang ditugaskan. Dia mencetus kembali harapan buat peminat.

“Tetapi adakah dia mampu memberikan kami gelaran dan memenangi Liga Juara-Juara? Saya perlu jujur dan saya rasa tidak,” kata Ferdinand.



Ferdinand, 43, antara bekas rakan sepasukan United yang memberi sokongan padu kepada Solskjer sepanjang tugasnya mengendali Red Devils.

Kini Ferdinand menyertai seorang lagi legenda kelab, Roy Keane yang turut merasakan Solskjaer bukan individu terbaik untuk mengembalikan kegemilangan United. – AGENSI

Solskjaer perlu beri laluan – Ferdinand


Disyorkan Untuk Anda :





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading