“HORMATI BELIAU…” – KAVITA SIDHU RESPON ISU VIRAL NAMA NORLIA GHANI DIPETIK
Di laman media sosial Twitter telah tular baru-baru ini berhubung seorang individu yang berkongsi foto bintang senior, Norlia Ghani dan pelakon Kavitha Sidhu dengan kata-kata yang berunsur penghinaan.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian meluas daripada netizen. Lalu, Kavitha menerusi laman Instagram miliknya telah memberikan respon mengenai perkara tersebut.
Bintang berusia 49 tahun itu berharap agar netizen untuk bersikap sentiasa menghormati orang lain dan menjaga tatasusila. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pandangan dan pendapat mengenai perkara tersebut.
Klik untuk gambar besar
“Now more than ever, we need to be kind to each other. Feeling so bad when I read a now viralised tweet about Puan Norlia Ghani and I. Please stop demeaning anyone. Respect her as a senior, a veteran film star, as someone’s mother.
“Stop retweeting dishonouring another woman. How would you like it if netizens say hurtful things about your mother, your aunt, your friend? Please be mindful of what we say. Puan Norlia Ghani is my friend’s mother. Thank you,” tulisnya.
INDIVIDU SINDIR WAJAH & PENAMPILAN DI TWITTER – NORLIA GHANI TAK AMBIL ‘POT’