Lebih 2,800 tentera Azerbaijan terkorban ketika pertempuran di Nagorno-Karabakh

19/01/2021 12:57 PM

BAKU, 19 Jan — Tentera Azerbaijan kehilangan sekurang-kurangnya 2,855 anggota dalam operasi pembebasan wilayah yang dikuasai Armenia di Nagorno-Karabakh dan sekitarnya, kata Kementerian Pertahanan negara itu pada Isnin.

Kementerian itu mengemas kini jumlah kematian akibat perang Nagorno-Karabakh, yang bermula pada 27 September 2020 dan berakhir pada 10 Nov, lapor Agensi Anadolu.



Jumlah kematian yang diumumkan sebelum ini seramai 2,841, bertambah sebanyak 14 menjadi 2,855 selepas beberapa lagi identiti mayat dikenal pasti.

Seramai 50 tentera masih hilang kata kementerian yang turut berkongsi senarai nama mangsa sudah dikebumikan.

Sepanjang konflik selama enam minggu, Azerbaijan membebaskan beberapa bandar dan hampir 300 penempatan serta perkampungan, manakala sekurang-kurangnya.

Sementara itu pihak Armenia mendakwa jumlah tentera yang terkorban mungkin mencecah 5,000 orang.



Kedua-dua negara menandatangani perjanjian bersama Rusia pada 10 November untuk menamatkan pertempuran dan berusaha mencapai penyelesaian yang komprehensif.

Pusat pemantauan bersama Turki-Rusia ditubuhkan untuk memantau gencatan senjata. Pasukan pengaman Rusia juga telah ditempatkan di wilayah tersebut.

3,360 askar Armenia maut ketika pertempuran di Nagorno-Karabakh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button