Iraq lulus penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 China
20/01/2021 02:42 PM
BEIJING, 20 Jan — Kementerian Kesihatan Iraq pada Selasa meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 yang dihasilkan China dan Britain, keluaran syarikat SINOPHARM dan vaksin keluaran bersama Universiti Cambridge dan Astra Zeneca.
Menterinya, Hassan al-Tamimi berkata, pihaknya telah bersedia untuk menerima vaksin tersebut dan sudah menetapkan golongan yang akan menerima suntikan untuk pusingan pertama.
Beliau berkata, vaksin dari China itu memenuhi standard ditetapkan pihak berkuasa Iraq.
Menurut statistik terkini Kementerian Kesihatan Iraq, sebanyak 823 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Selasa menjadikan keseluruhan kes berjumlah 609,852. Seramai 12,962 orang meninggal dunia dan 573,011 lagi sembuh.