“RATU BEDAH BUKAN SEBAB MASALAH… MEMANG HOBI SUKA KECANTIKAN DIRI, SUKA BEDAH” – SAFIEY

Usahawan kosmetik, Safiey Illias menerusi laman Instagram miliknya dilihat sering berkongsi rakaman video sedang menjalani rawatan kecantikan. Tindakannya itu telah mendapat reaksi pelbagai netizen.

Safiey yang sinonim dengan sapaan ‘Ratu’ itu bagaimanapun baru-baru ini ada menjawab pertanyaan sama ada dapat atau tidak perkara yang dicari iaitu ketengahan apabila membuat prosedur pembedahan kecantikan.

Dia menjelaskan apa yang dilakukan tiada kena mengena dengan masalah, stres dan sebagainya. Sebaliknya, ia hanyalah kesukaan selain beberapa aktiviti lain seperti membeli-belah dan mencantikan diri.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Pelik, bila ratu kene tanya “dapat x apa yg dicari iaitu ketenangan bila wt operation??

1. Ratu bedah bukan sebab ada masalah, stress, down, dan xd kene mengene dgn ketenangan ke ape ke.



2. Nak cantik?? Ratu buat bkn untuk kecantikan dan bkn kecantikan kepuasan yg ratu cari.

3. Mmg hobi ratu suka shopping, suka cantikkan diri, suka bedah , suka beli barang pastu tak pakai ratu preloved.

4. Ratu buat untuk diri sendiri bkn sbb shuben suruh ke, sbb org ke, atau sebab sapa2 je lah, xd kaitan. Ratu buat untuk diri ratu dan ratu happy sbb itu yg ratu suka buat,” tulisnya di Instagram.

Image_3.jpg



Dalam masa sama, Safiey yang pernah melancarkan single, ‘Syinta Gila’ ini turut menambah, minat setiap individu itu berbeza-beza.

“Korg xleh samakan mntk ratu dgn mntk korg . Ada org minat motor, mnt kumpul tupperwear, minat mancing. So stiap org hobi beza2 uolls.

“Mcm korg, korg x mnt ratu. Tp korg tetap nk komen dkt wall ratu. Tetap nk stalker. Jari gatal nk komen jugak walau tak suka. Tp ratu tak marah pun, dh mmg tu hobi korang. So ratu respect aje lah. Janji korang happy. Gitu,” tulisnya lagi.

Posting tersebut sehingga kini mendapat lebih 8,000 tanda suka beserta 1,000 lebih komen yang ditinggalkan.



Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg



Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

SAFIEY BAGI KATA-KATA SEMANGAT: “I FELT YOU SAJAT SAYANG, SABAR TAU”



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button