SAJAT SEDIH BUKAN KERANA PERLUKAN DUIT, TETAPI MENGANGKATNYA KEMBALI PULIH
Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, usahawan kosmetik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ada memberikan perkongsian mengenai jalinan persahabatan bagi dirinya.
Sajat mengakui hubungan persabahatan tidaklah tertakluk kepada material atau agama semata-mata. Sebaliknya, ikatakan tersebut menjadi lebih bermakna apabila seseorang itu sedang bersedih, dan si dia ada sama di sisi.
“Persahabatan bukan tertakluk pada rupa, bangsa, agama, darjat atau sebagainya. Bila kita sedih, di sini kita kenal erti persahabatan.
“Kita sedih bukan kerana kita perlukan duit, tetapi mengangkatku kembali pulih seperti biasa. Senyum ku yang selalu ku puji dan yakin, makin Suram Di wajah ini. Terima kasih sahabat kerana mengambil tahu pasal ku… sahabat yang ku sayang.
Klik untuk gambar besar
“Terima kasih mengambil berat pasal ku. Aku hargai kata kata semangat ini mu. Aku Cuba bangun tetapi masih belum ku kembalikan Nur dalam diri ini,” luahnya.
Dalam pada itu, Sajat yang sebelum ini pernah mengeluarkan beberapa single lagu itu turut menyifatkan individu yang berilmu terus dipuji manakala sebaliknya pula berlaku kelada pendosa yang terus ditindas.
“Yang lebih berilmu terus Di puji, di pandang mulia, di angkat darjatnya mahu dunia dan syurga, tetapi si pendosa terus ditindas, terud dipandang hina, walaupun tiada sedekit kebaikkan yang mereka nampak si pendosa ini. Dan pendosa semakin hanyut dan terus hanyut hingga mencari ketenangan diri.
“Orang yang mencintaimu bukanlah orang yang melihatmu setiap hari, tetapi orang yang mencintaimu setiap hari.”
“1000 rakan datang ketika anda ketawa. Tetapi seorang rakan akan datang ketika anda sedih.” #friendship #racegoals #religiongoals #loveeachother,” tulis pemilik NurSajatGold ini lagi.
Posting berkenaan secara langsung turut mendapat reaksi pelbagai pengguna Instagram lainnya.
“SAYA TIDAK PERLUKAN LELAKI DALAM HIDUP, JADI RELAKS” – CIK B SEDAR DIRI