PEJUANG akan bergabung dengan PUTRA?

 

Parti PEJUANG terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain menurut Pengerusi PEJUANG, Tun Mahathir Mohamad.

Untuk mencapai hasrat Mahathir yang mahukan gabungan mesti sebuah parti yang bersih dan ikhlas, PUTRA memenuhi kriteria tersebut.

Pakatan Harapan sudah pasti menolak kerjasama dengan PEJUANG kerana mereka telah bersama Mahathir ketika mengambil alih Putrajaya pada 2018.

Kerakusan Mahathir yang melengahkan peralihan kuasa kepada Anwar telah menyebabkan keruntuhan Pakatan Harapan pada 2020. Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM bertindak keluar dari gabungan dan menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan.

Untuk kembali bersama PPBM, Mahathir perlu memikirkan prinsip sebuah parti yang bersih. PPBM bukanlah sebuah parti yang bersih sebagaimana ditetapkan Mahathir.

Masakan PPBM mampu menarik ahli parlimen yang menang pilihanraya atas tiket parti lain menyertai PPBM jika tanpa sebarang keistimewaan yang dijanjikan?

Kemungkinan bergabung dengan Parti Bangsa Malaysia juga agak tipis kerana difahamkan parti tersebut turut mengumpulkan ahli politik yang melompat dan berkepentingan.

Apa pilihan yang ada kepada PEJUANG selain PUTRA yang sehingga hari ini bersih dari kontroversi dan sebarang aktiviti kleptokrasi dan unsur rasuah.

Bayangkan gabungan Mahathir dan Ibrahim Ali yang bakal dibentuk untuk menarik pengundi Melayu dalam PRU15 kelak.

Sudah pasti gabungan PEJUANG, PUTRA akan memberi kelebihan kepada pengundi memilih. Ini membolehkan Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri untuk kesekian kali.

Walau pada dasarnya, Mahathir pernah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada PRU, siapa tahu jika gabungan tersebut berjaya?

PUTRA akan mencipta sejarah baru dalam dunia politik tanahair sekiranya gabungan tersebut dapat memecah monopoli parti-parti lain dalam PRU.

PEJUANG pula akan kekal dengan prinsip parti yang ditetapkan Mahathir.

Apa kata pemerhati politik Malaysia?

KJ diramalkan jadi Presiden PKR

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker