Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir


Goh V Shem-Tan Wee Kiong Photo Source : FB Badminton Association of Malaysia (BAM)/Badminton Photo

22/01/2021 12:30 AM

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Bekas beregu nombor satu dunia Goh V Shem-Tan Wee Kiong terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Toyota di Bangkok.

Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir esok, selepas menewaskan gandingan tuan rumah Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-15, 16-21, 21-15 dalam perlawanan pusingan kedua di Impact Arena hari ini.



Beregu pilihan kelapan Aaron-Wooi Yik pula mengekalkan kualiti permainan mereka apabila menang 21-12, 6-21, 21-12 ke atas Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia.

“Saya rasa agak sukar kerana melangkah ke tiga perlawanan. Mungkin sedikit perlahan pada perlawanan kedua dan saya telah melakukan beberapa kesilapan tidak disengajakan. Nasib baik kami bangkit semula.

“Kami mempunyai strategi yang salah pada perlawanan kedua, tidak cukup pantas,” kata Wee Kiong seperti dipetik menerusi laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

Sementara itu, cabaran negara dalam acara perseorangan wanita gagal selepas satu-satunya pemain yang tinggal S. Kisona tewas 10-21, 12-21 kepada pemain pilihan keenam P. V.Sindhu dari India.



Keputusan pusingan kedua:

(Nota: pemain Malaysia kecuali dinyatakan; tanda [ ] menunjukkan pemain pilihan)

Perseorangan lelaki:

Liew Daren kk H.S.Prannoy (IND) 21-17, 21-18



Beregu lelaki:

[8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik kk Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin (INA) 21-12, 6-21, 21-12

Goh V Shem-Tan Wee Kiong kk Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren (THA) 21-15, 16-21, 21-15

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kk Mathias Christiansen-Niclas Nohr (DEN) 8-21, 21-7, 21-17



Perseorangan wanita:

[6] P. V.Sindhu (IND) kk S.Kisona 10-21, 12-21

Beregu wanita:

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean kk Setyana Mapasa-Gronya Somerville (AUS) 21-17, 21-15



M.Thinaah-Pearly Tan Koong Le kk Vimala Heriau-Margot Lambert (FRA) 19-21, 21-16, 21-9

Vivian Hoo-Yap Cheng Wen kk Emilie Lefel-Anne Tran (FRA) 19-21, 21-17, 21-12

Beregu campuran:

[1] Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) kk Goh Soon Juat-Shevon Lai Jemie 12-21, 19-21



[5] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kk Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso (INA) 21-18, 21-15

Hoo Pang Ron-Cheah Yee See kk Thom Gicquel-Delphine Delrue (FRA) 21-14, 21-16

V Shem-Wee Kiong mara final Terbuka Thailand Yonex

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button