ISTERI MUAT NAIK VIDEO & FOTO, DAKWA SHUK CURANG LAGI?

Masihkah anda ingat lagi dengan isu yang hangat diperkatakan sebelum ini mengenai pelawak dan pengacara Shuk Sahar berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Seraa.

Namun perkara tersebut nampaknya seperti berulang kembali apabila isterinya mendedahkan menerusi perkongsian di laman Instagram bahawa suaminya masih menjalinkan hubungan dengan wanita sebelum ini yang dikenali sebagai Farah.

Dalam entri berkenaan, Seraa turut mendedahkan hubungan terlarang suaminya dan Farah dengan menyertakan beberapa video menunjukkan Shuk berada di kediaman wanita itu serta tangkapan perbualan WhatsApp yang dihantar wanita tersebut kepada Seraa.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Kata Seraa lagi, dia turut menerjah ke kediaman wanita berkenaan untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun permintaannya tidak diendahkan.

Lebih pilu, Seraa berkata dikala orang lain sedang tidur, dia berkeliaran mencari suaminya. Katanya lagi, dia sangat sedih kerana Shuk adalah suaminya namun diperlakukan seperti tiada harga diri.



Image_3.jpg

Tidak hanya setakat itu, Seraa turut mendedahkan menerima mesej maki hamun daripada ‘kekasih’ suaminya. Seraa turut kesal kerana dia sudah lama bersabar dengan sikap suaminya namun tidak dihargai.

Dalam satu perkongsian terakhir, Seraa mengatakan dia tidak niat untuk membuka aib suami atau rumah tangganya, namun tidak mahu maruahnya terus dipijak-pijak dan diperbodohkan kerana selama ini dia bertahan demi anak-anak.

Sementara itu, di ruangan komen Instagram Shuk telah dihujani dengan komen kecaman netizen susulan pendedahan isterinya mengenai kecurangan suaminya itu. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Shuk mengenai pendedahan tersebut.



Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg



Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg



Image_12.jpg

Image_13.jpg
Image_14.jpg

NAFI CURANG – NADIA BRIAN SUDAH TAWAR HATI, MOHON SUAMI LAFAZ CERAI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button