Berhentilah Menjual ‘Orang Muda’

Menteri lantikan dari parti UMNO BN sepatutnya apabila dilantik maka wajar menggunakan kedudukan mereka untuk perkuatkan parti dan bukannya menebalkan poket masing-masing.

Pegawai yang bekerja dengan menteri dari blok UMNO BN juga perlu mempunyai iltizam yang sama, perkukuhkan parti UMNO BN dan bukannya mula memasang angan-angan ingin mengukir kuasa.

Tidak salah berimpian untuk mendaki jawatan yang lebih tinggi namun silap besar sekiranya ingin mendapat jawatan dengan menyerang sang Presiden parti sendiri. Lagi salah apabila bermodalkan kononnya UMNO tidak mesra orang muda.



UMNO bersikap terbuka dan telus sejak awal penubuhannya. Siapa sahaja yang merasakan dirinya layak maka boleh bertanding sekiranya memenuhi syarat.Tiada sekatan di dalam UMNO dan yang menjadi permasalahan adalah individu yang ingin naik cepat dengan jalan gelap.

Presiden pada beberapa hari yang lalu telah membuat kenyataan, tahun 2021 adalah tahun pemilihan parti maka bertandinglah cara sihat dan bukannya menghasut dan memfitnah keburukan orang lain.

Ayat “berilah peluang orang muda” ini sentiasa basah di bibir individu yang tidak ada apa-apa yang ingin ditawarkan untuk meraih undi. Mendapat jawatan dengan ihsan atau atas kuota UMNO BN samada menteri atau pegawai-pegawainya tetapi sepanjang berbulan dengan gaji belasan dan puluhan ribu, apa mereka buat untuk UMNO?

Masuklah gelanggang bukan menjadi musang!!



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button