Kenapa takut dengan Zahid Hamidi?

Hebahkan !!!

Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang pertama di dalam sejarah penubuhan parti ini yang tidak memegang apa-apa jawatan di dalam kerajaan. Memegang jawatan Presiden di saat kewangan UMNO disekat atas factor yang tidak jelas.

Lebih jauh, memegang jawatan Presiden di saat ramai ahli parlimen yang menang atas tiket UMNO BN melompat meninggalkan parti. Atas sebab apa sehingga hari ini masih menjadi tandatanya.

Gelanggang pemilihan jawatan di semua peringkat sudah dibuka. Masuk dan bertandinglah. Tawarkan diri dengan tawaran yang menarik supaya dipilih. Bukannya tawarkan diri danapabila menang maka menagih untuk menjadi menteri dan pengerusi GLC.

Memalukan apabila ada pihak yang bermulut busuk, mendesak presiden meletakkan jawatan atau mengundur diri, mereka lupa Zahid Hamidi menang bertanding tiga penjuru. Ku Li dan Khairy Jamaluddin adalah lawan beliau ketika itu.

Lebih memalukan, memasang banner keliling longkang untuk menyatakan desakan betapa Zahid perlu berundur, Nampak jelas penakut. Gelanggang UMNO dah dibuka maka usah takut dan jangan malu-malu.

Kepada pengurus kempen, berapa sahaja anda dibayar untuk memenangkan calon anda maka berusahalah sekarang. Bertanding dengan cara bersih.

Anak jantan jangan jadi ayam pondan!!

Leave a Reply

%d bloggers like this: