SCAMMER AMBIL KESEMPATAN – SITI NURHALIZA BERI AMARAN PADAM SEGERA
“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya, buat akaun dan cuba nak scam orang ni? Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menipu dan memperdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita report akaun ini beramai-ramai.
“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula, ini bukan sahaja mendatangkan fitnah tetapi reputasi saya juga.
“Akaun ini cuba scam orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut. Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terpedaya dengan scammer seperti ini.
“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpedaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu @ctdk, tidak ada akaun lain. Jom report!!” demikianlah kata penyanyi datuk Seri Siti Nurhaliza.
Klik untuk gambar besar
Siti atau lebih mesra disapa Tokti menerusi laman Instagram (IG) meluahkan rasa kesal dan berang apabila dia diberitahu bahawa wujud akaun palsu yang menggunakan namanya untuk tujuan menipu orang ramai.
Siti dilihat telah memuat naik sebuah hantaran di IGnya bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan ‘scammer’ yang mengguna pakai namanya untuk tujuan yang tidak baik. Dia dalam pada itu turut memberi amaran kepada pihak terbabit agar memadam akaun tersebut dengan segera.
Penyanyi popular Malaysia itu turut menyeru orang ramai di luar sana agar membuat laporan atau ‘report’ terhadap akaun palsu berkenaan di Facebook.
Siti yang meluahkan rasa kecewanya itu menganggap perbuatan individu tersebut sebagai satu fitnah ke atas dirinya dan boleh menjejaskan reputasi dirinya sebagai penyanyi dan juga usahawan terkemuka.
“Bila saya upload tentang akaun scammer tadi, rupanya banyak lagi yang gunakan gambar saya dan jadikan akaun untuk bisnes lain pula. Topup pun ada juga.
“Saya memang takde masalah nak sokong perniagaan sesiapa saja dan saya tahu dalam keadaan sekarang semua orang terjejas tetapi jika salahguna, menipu dan juga gunakan pula gambar saya, ini perbuatan yang tidak betul.
“Janganlah berniaga dengan memperdaya orang, carilah keberkatan di dalam apa jua yang kita buat. Tolong jangan terpedaya dan sila report akaun-akaun yang guna nama saya. Hanya ini akaun rasmi saya,” ujarnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan tindakan yang bakal diambil penyanyi yang sedang hamil anak kedua ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.
SITI NURHALIZA SAHKAN HAMIL 4 BULAN – AAFIYAH BAKAL DAPAT ADIK