“SHUK PLEASE MATANG!” – PUNYAI ‘SEJARAH’ DENGAN WANITA SAMA, KECIK HYPER ACT TAMPIL NASIHAT
Ketika isu pelawak, pengacara dan penyampai radio Shuk Sahar sedang panas, bekas vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin tampil memberi respon.
Sebelum ini, Kecik pernah juga dikaitkan dengan wanita yang sama dengan Shuk iaitu Fara Salleh dan dia telah didakwa pernah memukul dan tinggal sebumbung bersamanya itu.
Kecik dilihat telah memuat naik satu ciapan menerusi ruangan Twitter yang meminta isteri Shuk, Rossalenna Natassyiah Asshaferah untuk menghadapi ujian perkahwinan itu dengan hati yang tabah.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Kecik turut memberi pesanan kepada Shuk agar menjadi matang dalam situasi menangani hal berkenaan dan tidak memperlakukan isteri dengan sesuka hati.
“Eh jadi pula? Kecik harap wife (isteri) Shuk dapat harungi semua ini dengan tabah. Shuk please (tolong) matang! Jangan buat para isteri macam ini,” katanya.
Terdahulu, Kecik pernah membuat pendedahan bahawa dirinya telah dimanipulasi oleh wanita itu yang merupakan bekas teman wanitanya dan menjelaskan bahawa segala apa yang diceritakan itu hanyalah untuk memberi pengajaran kepada orang ramai di luar sana.
“I MINTA MAAF ATAS SEGALA APA YANG BERLAKU” – UCAPAN SHUK SEMPENA ANNIVERSARY KE-5