Bantah sekatan pergerakan di Amsterdam, sekurang-kurangnya 190 penunjuk perasaan ditahan


Demonstrators are sprayed by police water cannon at Amsterdam’s Museumplein during a protest against the lockdown imposed to curb the spread of the Covid-19 pandemic and the outgoing government’s policy on January 21, 2021. ROBIN VAN LONKHUIJSEN— AFP/Getty Images

25/01/2021 01:49 PM

MOSCOW, 25 Jan — Jumlah penunjuk perasaan yang ditahan kerana membantah langkah sekatan pergerakan untuk membendung COVID-19 di Amsterdam meningkat kepada 190 orang, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik polis Belanda.

Terdahulu, pihak berkuasa Amsterdam berkata kira-kira 100 orang ditahan semasa tunjuk perasaan, yang bertukar ganas apabila penunjuk perasaan melemparkan mercun ke arah anggota polis, sementara anggota keselamatan bertindak balas menggunakan meriam air, gas pemedih mata dan cotar, menurut laporan media tempatan..



Ciapan di Twitter Polis Amsterdam menyatakan 190 tangkapan dilakukan selepas demonstrasi tersebut.

“Sebanyak 33 tangkapan (tujuh daripadanya di bawah umur) utama berkaitan keganasan terbuka. Sementara 142 lagi tangkapan berkaitan pelanggaran APV (Undang-Undang Kecil Perbandaran Umum) dan 15 tangkapan kerana melanggar Perkara184 (tidak mematuhi arahan polis),” kata polis .

Menurut pihak berkuasa perbandaran, kira-kira 1,500 orang menyertai tunjuk perasaan pada petang Ahad itu.

Belanda melaksanakan sekatan pergerakan penuh bermula 15 Disember sehingga 9 Februari. Semua kedai bukan runcit dan barangan kurang penting ditutup, termasuk kafe, muzium, teater, kolam renang, gimnasium, kedai gunting rambut dan tempat-tempat awam lain.



343 tangkapan di Selat Melaka sepanjang Jan-Mei – KP Maritim Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button