Rebelo De Sousa dipilih semula sebagai presiden Portugal


Marcelo Rebelo de Sousa. (Photo: Pedro Fiuza/ZUMA Wire/dpa)

25/01/2021 11:34 AM

LISBON, 25 Jan — Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa dipilih semula dalam pilihan raya presiden pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.

Selepas 99.91 peratus undi dikira, Rebelo de Sousa memperoleh 60.7 peratus undi, manakala bekas anggota Parlimen Eropah (MEP) Ana Gomes di tempat kedua dengan 12.97 peratus diikuti calon parti Chega, Andre Ventura yang mendapat 11.9 peratus undi.



Pilihan raya presiden Portugal berlangsung ketika sekatan pergerakan menyebabkan kadar keluar mengundi hanya 61.46 peratus, memetik data rasmi.

Dalam ucapan kemenangannya beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa COVID-19.

“Rakyat mahukan kestabilan, keadilan sosial dan pengurusan pendemik yang lebih baik. Saya akan baiki kelemahan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran,” katanya.

Tempoh lima tahun Rebelo de Sousa bermula 9 Mac 2021.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button