VIRAL KISAH SHUK – PU ABU PELIK KONTROVERSI CERAI ISTERI NETIZEN UNGKIT

“Ada juga manusia yang masih belum move on dari isu saya yang dah dua tahun berlalu,” ujar pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang hairan apabila netizen masih mengungkit kisah keretakan rumah tangganya dan bekas isteri dua tahun lepas.

Kata PU Abu atau nama penuhnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, tidak perlu untuk mengaitkannya dengan kisah kontroversi artis yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Tambah PU Abu, dia memohon agar netizen sentiasa bersangka baik dan memurnikan satu sama lain terutama di media sosial.

“Berhenti menjadi netizen yang tidak baik. Sedahkah anda tindakan meninggalkan komen seperti ini tidak memberikan kebaikan sedikit pun pada saya, pada awak dan pada yang lain. Lebih mengecewakan ada yang DM hanya sekadar nak throwback benda yang dah hampir dua tahun berlalu dan mengaitkan dengan isu yang sedang berlaku.



“Macam inilah kalau dengar kisah orang, tutup telinga, kunci mulut dan hati. Doa, sangka yang baik-baik buat orang yang sedang diuji. Hari ini orang lain esok lusa kita. Fuh, buih dah mulut sebut benda ni,” katanya.

Menerusi paparan skrin yang dimuat naik di laman Instagram, netizen mengungkit kisah kontroversi rumah tangganya dan mengaitkan dengan isu semasa Shuk Sahar yang menjadi bualan ramai.

Mengimbas semula, PU Abu pernah menceraikan isterinya, Ain ‘Afini yang sedang sarat hamil tujuh bulan sekitar April 2019 untuk mengahwini seorang janda anak satu, Hana Azraa. Konflik perceraian PU Abu dan Ain berkesudahan dengan jatuh talak dua pada 16 Mei 2019.

AZAM 2021 – PU ABU HARAP MENJADI LEBIH BAIK, TIADA LAGI KONTROVERSI YANG VIRAL



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button