Rondaan bersama ke-101 di Sungai Mekong bermula

27/01/2021 04:44 PM

BEIJING, 27 Jan — Rondaan bersama kali ke-101 di Sungai Mekong melibatkan China, Laos, Myanmar dan Thailand dilancarkan pada Selasa.

Operasi selama empat hari tiga malam itu menumpukan laluan sungai sepanjang lebih 600 kilometer, bertujuan menjamin keselamatan di perairan berkenaan.



Sebelum rondaan bermula, keempat-empat negara mengadakan sidang video bagi merumuskan hasil dan pengalaman daripada operasi membanteras kegiatan penyeludupan manusia sebelum ini, di samping membincangkan kerjasama memerangi jenayah rentas sempadan untuk fasa seterusnya.

Dalam pada itu, pelbagai pihak juga bersepakat untuk menjalankan kerjasama khas antidadah pada April hingga Jun setiap tahun, selain operasi bersama bagi membanteras kegiatan jenayah pada setiap bulan September hingga Disember.

Operasi bersama membanteras penyeludupan manusia yang berlangsung selama 100 hari dilaporkan mencapai hasil memuaskan dengan membongkar sebanyak 39 kes berkaitan, dan menghantar balik seramai 1,195 pendatang haram.

Rondaan bersama yang dijalankan sejak Disember 2011 itu memainkan peranan penting bagi menjamin keselamatan di Sungai Mekong, sekali gus mewujudkan model kerjasama baharu dalam penguatkuasaan undang-undang antara negara serantau.



Rondaan bersama Sungai Mekong kali ke-100 bakal dilancar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button