‘Jangan sondol suami orang’

© Provided by Berita Harian Fadzil, Yana dan dua anak mereka. Foto IG Fadzil Zaharibhhip

KUALA LUMPUR: Fadzil Zahari, suami pelakon, Yana Samsudin mendedahkan digoda wanita yang menghantar foto berbaju tidur dalam percubaan individu terbabit mendekatinya.

Fadzil yang juga pemilik syarikat produksi, Prokuya Studios mendakwa, individu terbabit beberapa kali mengganggu dengan melayangkan mesej kepada nombor telefon peribadinya yang dikongsi di Instagram (IG).

“Sebenarnya, pada mula, Yana tidak tahu mengenai gangguan diterima. Kebetulan, ketika itu, isteri sedang berpantang.

“Jadi, tidak mahu emosinya terganggu, saya membuat keputusan untuk tidak berkongsi apa yang dialami. Yana hanya mendapat tahu selepas saya memuat naik hantaran di IG.



“Bagaimanapun, saya berkongsi dengan salah seorang pekerja foto wanita terbabit berbaju tidur seperti yang dikirimkan.

“Saya mahu pekerja terbabit menjadi saksi. Sekiranya ada apa-apa perkara berbangkit pada kemudian hari, sekurang-kurangnya saya sudah ada saksi,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Fadzil mendedah di IG kiriman kiriman mesej daripada wanita yang tidak dikenali melalui aplikasi Telegram.

Ketika itu, Yana sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua, Aura Aisy Sofea, November lalu.



Fadzil mendedahkan gangguan daripada wanita yang tidak dikenalinya itu bukanlah insiden pertama. Sebaliknya, sudah beberapa kali wanita terbabit berbuat demikian.

Fadzil berkata, dia mendedahkan perkara itu di IG kerana bimbang perbualan bersama individu terbabit, ditokok tambah.

Fadzil berkata, dia berkongsi nombor telefon peribadi di profil IG bagi tujuan perniagaan.

“Saya sengaja meletakkan nombor telefon supaya mudah bagi pelanggan menghubungi saya.



“Tetapi tidak sangka ada yang menyalahgunakannya untuk tujuan lain. Setiap kali menerima kiriman mesej daripada nombor tidak dikenali, saya memang jawab,

“Namun, jika mesej diterima mengarut, saya balas sambil meminta penghantar menghentikan perbuatan itu kerana saya berstatus suami orang,” katanya.

Fadzil berkata, dia menasihati wanita terbabit agar berhenti menghantar mesej kepadanya.

“Namun, dia tetap menghantar mesej sehingga tergamak mengirimkan gambar mengenakan baju tidur tetapi dipadam beberapa minit kemudian.



“Saya buat video itu untuk dijadikan bukti. Selepas ini, saya akan menyekat nombornya,” katanya yang tidak teragak-agak membuat laporan polis dan menyaman individu terbabit jika terus diganggu.

Fadzil berkata, kes curang dalam rumah tangga banyak bermula daripada penghantaran mesej melalui telefon pintar.

“Jika kita tidak mencegah, ia boleh menjadi melarat. Nasihat saya, jika terima mesej mengarut daripada orang tidak dikenali, janganlah layan dan cuba elak.

“Saya juga ingin berpesan kepada ‘kaki sondol’ di luar sana, janganlah ‘sondol’ suami orang. Ramai lagi lelaki bujang di luar sana,” katanya.



© New Straits Times Press (M) Bhd

Yana sedih kenang arwah adik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button