Tiada kompromi dalam usaha memerangi rasuah, kata Putrajaya


© Provided by MalaysiaNow

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus komited melaksanakan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) bagi tempoh lima tahun akan datang dalam meningkatkan urus tadbir kerajaan meskipun menyedari Malaysia berapa pada kedudukan 57 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020, yang diumumkan Transparency International (TI).

Pengumuman itu menyaksikan kedudukan CPI negara jatuh enam anak tangga beranding tahun 2019.

Putrajaya dalam satu kenyataan berkata kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) akan sentiasa melihat kaedah dalam meningkatkan tadbir urus dalam pentadbiran kerajaan.



“Seperti mana yang telah dimaklumkan pada peringkat awal pemerintahan kerajaan PN, NACP masih diteruskan selain mengurangkan dan menutup peluang-peluang rasuah dalam pentadbiran kerajaan,” menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya kerajaan tidak pernah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelaku rasuah serta tindakan tegas akan diambil mengikut prinsip “rule of law”.

Malah skor Malaysia juga menurun dua mata kepada 51 daripada 100 mata berbanding tahun sebelumnya.

CPI dikeluarkan TI, sebuah gabungan antirasuah global hari ini.



New Zealand dan Denmark berkongsi tangga pertama manakala Syria, Sudan Selatan dan Somalia berada di kedudukan terbawah.

Dalam kalangan negara Asean, Singapura berada di kedudukan teratas diikuti Brunei.

Singapura satu-satunya negara Asia yang berada di kedudukan 10 teratas.

Difahamkan kedudukan Malaysia menurun ekoran beberapa kes berprofil tinggi yang masih dibicarakan di mahkamah walaupun selepas pertukaran kerajaan pada awal tahun lepas.



Pada Julai lalu, bekas perdana menteri Najib Razak telah didapati bersalah atas tujuh tuduhan membabitkan dana berjumlah RM42 juta di dalam akaun bank peribadinya.

PKP: Warga asing tumbuk polis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button