KETIKA ISTERI BERPANTANG – FADZIL DEDAH DIGANGGU WANITA, TERIMA GAMBAR SEKSI
“Banyak kisah yang kita dengar berkenaan suami atau isteri yang curang menerusi mesej. Kalau anda semua tak nak terlibat dalam benda-benda macam ini, terus cegah dari awal. Jangan melayan orang mesej ‘hai hai’ kerana apabila jadi perbualan, ia akan membawa kepada perkara seterusnya.
“Saya nak tunjuk mesej dari seseorang. Gigih la juga sebab saya dah bagitahu saya suami orang. Jenis saya memang letak nombor telefon kat media sosial sebab saya ada perniagaan. Yang ini saya tahu siapa dia. Saya dah suruh dia mesej orang bujang lain tapi nak juga dengan saya.
“Menerusi Telegram, dia ada hantar mesej gambar, masa tu saya dengan staff. Bila saya buka, dia hantar gambar seksi terus saya tunjuk dekat staff nama Wawa. Jenis saya kalau ada orang mesej bukan-bukan, saya nak ada saksi. Kalau ada perkara berbangkit, kot dia WhatsApp isteri saya nanti.
“Dalam masa 60 saat gambar itu hilang, tak tau la dia padam kot. Ini dari Sg, ada enam mesej saya tak buka,” kata pelakon dan penerbit Fadzil Zahari, 38, yang mendedahkan dia diganggu dengan seorang wanita bernama Ika sejak November tahun lalu sehingga berlanjutan ke hari ini.
Klik untuk gambar besar
Menurut suami kepada pelakon Yana Samsudin itu, wanita tersebut telah bertindak berani mati apabila menghantar sekeping foto yang seksi dimana ketika itu isterinya sedang berpantang anak kedua mereka. Malah wanita berkenaan tidak menghiraukan statusnya sebagai suami orang.
Fadzil atau nama penuhnya Fadzil Bahri Zahari, berkongsi paparan perbualan yang dihantar Ika tidak henti-henti. Tambah adik kepada Farid Kamil itu, dia tidak akan teragak untuk melakukan laporan polis sekiranya melampaui batas.
“Saya kalau melampau sangat memang akan buat laporan polis. Gangguan seksual kan? Boleh saman tak?” ujar Fadzil yang mendirikan rumah tangga dengan Yana pada 13 November 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
FAZURA GEMBIRA SELESAI BERPANTANG, CINCIN TUNANG MUAT DIPAKAI SEMULA