Pemimpin PN Khianati Rakyat dan UMNO
Yang pasti, kita menyokong UMNO dan berparti adalah untuk kekal kuasa. Kuasa apa? Kuasa politik Melayu. Itu yang penting dalam menentukan survival kelangsungan hidup kaum Melayu pada masa hadapan. Bukan dengan cara menghakiskan kuasa Melayu sedikit demi sedikit dan menambah kuasa Melayu sebanyaknya dalam Perikatan Nasional yang sudah nyata mahukan UMNO lenyap dalam politik Malaysia.. Bukankah ini satu pengkhianatan ?
Ini lah Pengkhianatan yang sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin Melayu yang kini berada berasama Perikatan Nasional untuk tujuan yang sama dilakukan oleh Othman Wok terhadap bangsa Melayu dan UMNO di Singapura. Akhirnya bangsa Melayu Islam dan UMNO hilang di persada politik dan menjadikan bangsa Melayu seperti pengemis.
Surah Ali ‘Imran 118 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118)
Pada ayat ini Allah memperingatkan orang-orang mukmin agar jangan bergaul rapat dengan orang-orang kafir yang telah nyata sifat-sifatnya yang buruk itu, jangan mempercayai mereka dan jangan menyerahkan urusan-urusan kaum muslimin kepada mereka.
Dalam sejarah negara, ramai terlupa tentang antara sebab Singapura berjaya dikeluarkan dari Malaysia. Salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam pemisahan tersebut adalah Othman Wok, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu.
Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.
Diantara peranana yang dimainkan oleh Othman Wok pada masa itu ialah melakukan hasutan dan fitnah terhadap isu semasa dan menaikkan kemarahan anak muda terhadap UMNO Singapura. Fitnah dan hasutan ini telah menjadikan anak muda terus menolak UMNO dibawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman.
Akhirnya, UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Sekarang peranan Othman Wok mirip dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim mahupun Mat Sabu terus memperdayakan anak muda Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina PAP.
Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.
Dalam hal berkaitan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu di Malaysia, kita sedar dan telah dapat melihat bagaimana persamaaan perjuangan ini dibuat oleh Pakatan dalam kepelbagaian usaha untuk menolak hak hak tersebut.
Sikap anti-Melayu terutama menentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, serta Keistimewaan Melayu sebagai Bumiputera yang tertera dalam Perkara 153 dibangkitkan secara terbuka sejak kempen PRU 1969.
Selain itu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ditentang dan dicabar oleh parti totok Cina ditempikkan serentak sejak kempen PRU 1969 yang mencetuskan titik bermulanya krisis perkauman di negara ini.
Hal ini diteruskan sehingga sekarang, apakah pemimpin Melayu yang ada didalam Pakatan sanggup membiarkan perkara ini dan bersetuju agar segalanya dihapuskan, Dimanakah Mahathir, Muyiddin, Azmin, Mat Sabu dan barisan kepimpinan PN yang dikatakan amat nasionalis?
Setelah PPBM, PN mengambil alih tampok kepimpinan Negara, diharapkan agar dapat lebih baik dari PPBM, namun hakikatnya PN lebih teruk dari segalanya. Kepimpinan “sampah” yang hanya tahu melihat ruang dan peluang dalam Negara untuk kepentingan diri sahaja.
Tidak pernah ada dalam sejarah politik moden , rakyat terpaksa mengutip makanan dalam tong sampah untuk mengisi perut mereka. Tidak ada dalam sejarah penderitaan rakyat hingga ketahap ini. Apa yang kerajaan lakukan? Anak bersekolah terpaksa mengutip makanan dan sudah tidak makan berhari-hari. Inilah hadiha yang diberikan oleh kerajaan PN. Ada mereka peduli?
Membiarkan perkara ini berlaku, bukan kah ini satu bentuk pengkhianatan terhadap rakyat, Raja dan Negara? Meniupkan sentimen perseteruan sesama sendiri. Manusia akan disibukkan dengan pertelingkahan politik dan berpecah belah kerananya. Melemahkan kesedaran keagamaan. Merancakkan kehidupan bebas terutamanya melampiaskan syahwat seks dan tergilakan keseronokan dengan jawatan tanpa bertanggungjawab terhadap rakyat.
SIAPAKAH YANG MENANG DALAM POLITIK BANGSA MELAYU?
Membiarkan agenda merosakkan bangsa itu satu pengkhianatan tambahan lagi bersekongkol dengan sebuah parti yang mahu membunuh UMNO itu sendiri juga itu merupakan satu pengkhianatan yang akan menjadikan bangsa itu ditindas, dibiarkan dalam kemelaratan akibat kerakusan kuasa dan jawatan pemimpin Melayu ini.
Sebenarnya kerajaan PN hanya tahu untuk mengekalkan kuasa yang ada sahaja, melakukan setiap harapan dari bantuan yang diwar warkan hanya sebagai gula gula politik. Bantuan diumumkan namun ianya disulami dengan syarat yang tidak masuk akal.
Kerajaan PN kini sudah hilang majority dikalangan ahli parlimen, Namun bagi mengekalkan kuasa nyawa rakyat dipertaruhkan, kesusahan rakyat dijadikan mainan politik mereka. Jawatan dan imbuhan dijadikan umpan untuk ahli parlimen memihak kepada mereka.
Sekarang pengkhianat Melayu ini bukan sahaja terletak pada nama Anwar dan Mat Sabu atau DAP , malah banyak lagi nama nama yang terlibat dalam meranapkan Islam dan bangsa Melayu di Malaysia sekarang dengan bersekongkol bersama anak emas UMNO satu ketika dahulu malaungkan perjuangan kini dijadikan peluru untuk menumbangkan UMNO.
Kita tak perlu pergi jauh untuk melihat bukti-bukti ini. Ia sedang bermula di sini. Penubuhan PN adalah salah satu platfom untuk memulakan api sengketa dan disusuli dengan desakan agar UMNO terus tunduk dikaki PN sedangkan UMNO adalah satu parti yang menyokong kewujudan Perdana Menteri dari PN. Balaci ini dengan berani dan bersahaja mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO perlu tunduk kepada PN atas nama penyatuan.
Penyatuan yang memihak kepada mereka dan menjadikan UMNO seperti “hamba tebusan” yang tidak boleh bersuara dalam apa juga hal. Mereka mahukan UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang lemah dan akhirnya akan dipaksa bersetuju dalam apa juga agenda jahat PN.
Pernahkah Azmin. Muhyiddin, Mahathir, dan pemimpin PN termasuk dikalangan ahli Parlimen UMNO yang dilantik pernah bersuara mengenai ancaman terhadap Melayu serta kesusahan rakyat waktu ini?
Sudah pasti jawapannya tidak, pada kebanyakan isu mereka bukan berkisar kepada perjuangan bangsa dan Islam serta kesusahan rakyat, Tetapi lebih menjurus kepada hak hak peribadi dan kuasa politik.
Pengkhianatan yang mereka ini lakukan adalah kerana jawatan dan kuasa dan bukan untuk memastikan Agama Islam dilindungi serta hak hak bangsa Melayu dipertahankan. Bagi mereka ianya hanya retorik sahaja. Bagi mereka yang paling penting ialah kuasa dan politik .
Kumpulan pengkhiant bangsa Melayu yang dilahirkan oleh PPBM ini sekali gus menyokong dasar dasar kerajaan yang tidak ada hala tuju untuk rakyat dan juga Negara dan mereka kini sedang memijak bangsa Melayu agar berada ditelapak kaki dan boleh dijadikan hamba tebusan.