SELEPAS ROY, KINI ANAK DAN ADIK IPAR PULA POSITIF COVID-19

“Selepas suami disahkan positif Covid-19, hari ini anak bongsu saya dan adik pula disahkan dijangkiti virus tersebut,” ujar isteri Roy, Haslinda Abdul Rahman, 56, yang mengesahkan anak mereka, Siti Aishah, 23, dan adiknya Rahayu Abdul Rahman, 49, baharu turut dijangkiti virus itu selepas mendapat keputusan ujian pagi tadi.

“Sekarang mereka sedang menjalani kuarantin di rumah termasuk diri saya dan anak sulung. Keputusan ujian saya dan anak sulung masih belum didapati tapi pihak Kementerian Kesihatan kata mungkin akan dapat selewat-lewatnya pada hari ini juga.

“Saya tak tahu macam mana kami sekeluarga boleh dijangkiti Covid-19, mungkin sebab saya buka kedai makan. Walaupun kita sentiasa berjaga-jaga dengan SOP, tapi kita tak tahu mungkin ada di kalangan pelanggan yang dah dijangkiti virus tersebut,” jelasnya dipetik sebagai berkata.



Mengenai Roy, katanya dia ada menghubunginya dan kedengaran suara Roy masih lagi lemah. Tapi Roy ada beritahu keadaannya okay sikit dari sebelum ini namun dia masih lagi ada sesak nafas.

“Dia cakap selera makan dia biasa sahaja tapi tenaga dia makin baik jika dibandingkan ketika dia dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu,” tambahnya.

ROY SAHKAN DIRINYA POSITIF COVID-19 TAHAP EMPAT



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button