China tidak lagi iktiraf pasport BNO
30/01/2021 04:01 PM
BEIJING, 30 Jan — China tidak lagi mengiktiraf pasport British National Overseas (BNO) sebagai dokumen perjalanan dan identiti yang sah.
Selepas ini, China berhak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran berkaitan perkara itu.
Perkara tersebut diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang media di Beijing, Jumaat.
Kerajaan Britain sebelum ini mengumumkan, pasport BNO dan dasar visa berkaitan yang disusun semula akan dikuatkuasakan bermula 31 Januari.
Zhao berkata tindakan tersebut dianggap pencabulan terhadap kedaulatan dan mencampuri urusan dalaman Hong Kong dan China serta membelakangi undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa.
Zhao menambah, Britain enggan menerima hakikat bahawa Hong Kong telah dikembalikan kepada China sejak 24 tahun dahulu.
Tindakan menjadikan ramai penduduk Hong Kong sebagai “warganegara kelas kedua” Britain sebenarnya telah mencetuskan masalah antara China dengan Britain.
Pasca-Brexit: Britain meterai perjanjian perdagangan dengan Jepun