SEKELUARGA SELAMAT PULANG KE KL – ISTERI LAN SOLO KONGSI PROSEDUR RENTAS NEGERI

Selepas lebih kurang dua minggu ke Sabah ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), penyanyi Lan Solo sekeluarga telah pun selamat tiba di Kuala Lumpur.

Isteri Lan, Sheila Hassim menerusi laman Instagram meluahkan rasa syukur apabila perjalanan mereka sekeluarga dipermudahkan dari awal sehingga selamat pulang ke kediaman mereka. Justeru, Sheila telah berkongsi lapan prosedur yang perlu dilakukan untuk merentas negeri.

“Alhamdulillah kami sekelurga selamat sampai semenanjung. Senang je prosedur untuk merentas negeri.



“1. Sebelum beli tiket flight, make sure airlines punya date & time terbang tu seperti dijadualkan. Kami naik MAS. dan terus PRINT ya maklumat booking tu.

“2. ISI DECLARATION FORM secara online dalam emel yang airlines emelkan confirmation booking.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



“3. Bawa bukti booking flight & FOTOSTAT ke mana-mana balai polis yang berdekatan untuk ambil SURAT KEBENARAN RENTAS NEGERI.

“4. Bila lulus, terus pergi buat SWAB TEST ya.. tempoh valid hanya 72 jam sahaja. dan PRINT RESULT test tu. Kami buat di KLINIK MEDISINAR LOK KAWI. Result dalam masa 30 minit sahaja.

“5. Bawa semua dokumen di atas semasa check in & tunjukkan di kaunter tiket & kaunter imigresen.

“6. Masa di airport, jangan lupa scan MY SEJAHTERA ya.. Selamat terbang & sentiasa jaga SOP ya..



Image_3.jpg

“7. Bila tiba di KLIA.. ikut je laluan dikhaskan.. KETIBAAN DARI SABAH.. Ikut je k.. jangan degil…

“8. TIADA KUARANTIN.. tetapi kami sekeluarga mengambil pendekatan untuk KUARANTIN SENDIRI DIRUMAH ya..,” jelasnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai respon termasuk bersyukur urusan mereka dipermudahkan.



Untuk makluman, Lan dan Sheila mempunyai empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff, 5, dan Nur Amna Quxandra, 3 tahun.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

“KEDAI KAMI DIROMPAK, LELAKI INDIA PAKSA SERAHKAN DUIT SALES” – LAN SOLO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button