Bon Hijau Hong Kong dapat sambutan
31/01/2021 04:45 PM
BEIJING, 31 Jan — Penerbitan bon hijau kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) pusingan kedua menerima sambutan memberangsangkan, sekali gus mencerminkan sikap optimistik pelabur terhadap prospek pembangunan Hong Kong untuk jangka panjang, memetik kenyataan Setiausaha Kewangan HKSAR, Paul Chan Mo Po pad Ahad.
Pada 26 Januari lalu, Hong Kong telah menyelesaikan penerbitan bon hijau kerajaan pusingan kedua bernilai USD2.5 bilion.
Permintaan terhadap bon itu jauh lebih tinggi berbanding penawaran.
Hong Kong telah menubuhkan Program Nota Jangka Sederhana Global, program pertama di dunia khusus untuk menerbitkan bon hijau bagi menggalakkan pembangunan mampan pasaran kewangan tempatan yang hijau.
Ia juga bertujuan meningkatkan kedudukan Hong Kong sebagai pusat kewangan hijau antarabangsa.
10 aktivis demokrasi Hong Kong dipenjara