UAE sediakan vaksin China percuma kepada rakyat

31/01/2021 04:42 PM

BEIJING, 31 Jan — Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menyediakan vaksin COVID-19 dihasilkan China secara percuma kepada rakyat dan penduduk Dubai, umum Jabatan Kesihatan Dubai pada Sabtu.

Menurut kenyataan jabatan itu, pusingan pertama suntikan vaksin membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas diikuti dengan golongan lain.



Sebelum ini, institusi perubatan di bawah Jabatan Kesihatan Dubai hanya menyediakan vaksin dihasilkan syarikat Pfizer di Amerika Syarikat (AS) dan Jerman.

Vaksin buatan China yang disediakan itu bertujuan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button