Piala Thomas: Malaysia berdepan Jepun di suku akhir

Piala Thomas: Malaysia berdepan Jepun di suku akhir

Piala Thomas: Malaysia berdepan Jepun di suku akhir
KEPUTUSAN undian suku akhir saingan Piala Thomas 2024 yang dilakukan sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Skuad badminton lelaki masih berpeluang untuk melangkah ke separuh akhir saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China apabila diundi bertemu juara Kumpulan B, Jepun pada aksi suku akhir hari ini.

Ia bukanlah satu perkara yang mustahil memandangkan Malaysia memiliki rekod cukup baik ke atas juara edisi 2014 itu apabila mencatat empat kemenangan daripada lima pertemuan terakhir sebelum ini.

“Bertemu Jepun, kita mampu untuk berikan saingan dalam perseorangan kedua dan ketiga manakala beregu peluangnya 50-50. Kita perlu meningkatkan fokus, komitmen serta psikologi,” kata Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.



Terdahulu, Malaysia muncul naib juara saingan Kumpulan D selepas menewaskan Hong Kong dan Algeria, masing-masing menerusi kemenangan bersih 5-0 sebelum tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Sebagai rekod, Malaysia terus menantikan peluang untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 32 tahun dalam saingan Piala Thomas selepas kali terakhir mendakap trofi teragung itu pada edisi 1992 di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Jadual perlawanan suku akhir Piala Thomas 2024

2 Mei 2024



CHINA lwn INDIA (5 petang)
JEPUN lwn MALAYSIA (5 petang)

KOREA SELATAN lwn INDONESIA (5 petang)
TAIWAN lwn DENMARK (5 petang)

 

Piala Thomas: Malaysia berdepan Jepun di suku akhir

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada yang dapat tahanan rumah, kenapa Najib tidak dapat?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading