Khabar angin tidak berasas – Tunku Ismail
Khabar angin tidak berasas – Tunku Ismail
KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan sebab-sebab pemainnya, Safawi Rasid mahu terus bersama pasukan itu.
Pemain kebangsaan itu dikatakan mahu mencari pasukan baharu selepas berkelana ke Ratchaburi FC sebagai pemain pinjaman.
Sri Pahang antara pasukan Liga Super yang berminat mendapatkan khidmat pemain kelahiran Terengganu itu, namun Safawi kemudian mengumumkan yang dia akan terus kekal bersama Harimau Selatan.
“Siapa yang keluarkan cerita perlu menyebut tentang JDT. Siapa yang percaya lebih jahil daripada yang keluarkan cerita.
“Apa yang ada di JDT? Apa yang ada di pasukan lain? Letakkan anda di tempat pemain JDT. Kenapa perlu mereka keluar? Minit bermain? Di JDT, permainan berkualiti, bukan perlawanan semata-mata.
Menurut Tunku Ismail, khabar angin berkenaan Safawi mahu mencari pasukan baharu tidak masuk akal kerana JDT adalah destinasi terbaik untuk mana-mana pemain bola sepak.
Khabar angin tidak berasas – Tunku Ismail
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Isham Jalil Saran kerajaan tubuh tribunal kehakiman siasat Hakim “National Enbarrassment”
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.