Mahathir bertanding PRN, bakal MB Kelantan?

Oleh – Bakhtiar Omar


Mahathir bertanding PRN, bakal MB Kelantan?

Bekas Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir dipercayai sedang bersedia untuk bertanding pada Pilihanraya Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.



Menariknya, Mahathir dikatakan sedang mengintai peluang bertanding di Kelantan. Ironinya mengapa Kelantan, perlu diingatkan, Mahathir telah kalah teruk hingga hilang deposit di Parlimen Langkawi di tangan calon Perikatan Nasional.

Untuk beliau kembali ke salah satu DUN di Parlimen Langkawi bukanlah sesuatu yang mudah buat bekas PM itu. 

Jadi untuk menjaga ‘airmuka’ beliau, ada syor tertentu yang mencadangkan agar Mahathir ke Negeri Cik SIti Wan Kembang sekaligus membuka peluang untuk dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru.

Jika ini dapat dipertimbangkan pengundi Kelantan, mereka wajar untuk berasa gembira kerana ‘penyelamat’ telah hadir ke Kelantan bagi menyelesaikan isu-isu besar di negeri tersebut.



Mahathir bertanding PRN, bakal MB Kelantan?

Sudah pasti, dengan pemikiran yang jauh lebih baik dari pemimpin Kelantan sebelum ini, kehadiran Mahathir akan memberi sinar baru buat Kelantan serta anak-anak Kelantan.

Kemajuan semesatinya ada dalam manifesto Mahathir sekiranya beliau diberikan peluang menerajui Kelantan selaku MB Kelantan.

Rakyat Kelantan perlu lebih terbuka untuk menerima perubahan drastik yang cuba dibawa kepimpinan PAS apabila mereka turut menyetujui Proklamasi Melayu yang dianjurkan Mahathir.



PROKLAMASI MELAYU JADI SANDARAN MAHATHIR

Mahathir bertanding PRN, bakal MB Kelantan?

Apa salahnya Mahathir diberikan peluang membuktikan beliau mampu menolong Melayu Kelantan dengan berpegang kepada Proklamasi Melayu?

Rakyat Kelantan yang selama ini taksub kepada PAS perlu menerima perubahan demi kerjasama politik yang lebih baik.

Malah, kehadiran Mahathir juga dipercayai akan menyelesaikan masalah bekalan air Kelantan dengan efisien. Mahathir sudah pasti mampu menarik pelabur besar untuk hadir ke Kelantan dan melabur untuk kemajuan ekonomi tempatan.



Siapa tidak kenal Mahathir? Boleh dikatakan satu dunia kenal Mahathir, jadi tidak mustahil beliau boleh membawa kemakmuran yang lebih baik dengan hanya ‘menjual’ namanya yang terkenal seantero dunia.

Kini, tiba masanya untuk Mahathir mendekati, mengenali serta memahami apa sebenarnya perjuangan PAS selama ini. 

Hidup MAHATHIR!!!

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading