NIKAH JUMAAT INI – INTAN LADYANA BERDEBAR KAHWIN KETIKA PKP

IL%2B1.jpg

“Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang dengan kes Covid-19 makin meningkat setiap hari agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.

“Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar,” ujar Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, mengenai hari bahagianya Jumaat ini.

Difahamkan, majlis pernikahan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.



Klik untuk gambar besar

IL%2B2.jpg

Terdahulu, Intan sempat memberi sumbangan berupa produk dan wang tunai untuk komuniti ibu tunggal yang terpilih akibat terjejas Covid-19.

“Saya sendiri dibesarkan oleh ibu tunggal. Saya nampak macam mana ibu bersusah-payah membesarkan kami tiga beradik. Bagaimana ibu bahagikan masa untuk keluarga dan pada masa sama bekerja demi kelangsungan hidup. Jadi saya faham masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibu tunggal,” tambahnya.



 

INTAN LADYANA DILAMAR? – HARRIS ALIF ‘KUNCI MULUT’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button