Cari jodoh di tengah jalan

Oleh – Syeikh Baran


Cari jodoh di tengah jalan
Wanita tersebut berdiri di tepi jalan raya sambil menunjukkan sepanduk kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang lalu-lalang di situ. – Instagram

Seorang pelancong Russia mengundang kecaman netizen Indonesia kerana berlegar-legar di tepi jalan di Pulau Bali sambil memegang sepanduk untuk mencari jodoh, lapor program berita Liputan6 kelmarin.

Berdasarkan rakaman tular di media sosial, wanita warga asing itu dilihat memakai gaun berwarna putih dan selendang pengantin pada kepalanya.



Dia memegang sepanduk bertulis perkataan ‘Mencari lelaki bujang’ di samping alamat akaun Instagramnya iaitu @lina_secretss.

Wanita tersebut dilihat berdiri di tepi jalan raya sambil menunjukkan sepanduk kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang lalu-lalang.

Pengguna jalan raya yang melihat aksi wanita itu kelihatan kehairanan dengan ada yang berhenti seketika untuk membaca sepanduk berkenaan yang tidak ditulis dalam bahasa tempatan.

Aksi wanita itu mengundang kecaman dengan pelbagai komen ditinggalkan pada hantaran video di media sosial.



“Ini adalah cara untuk membuat lelaki lari daripada anda,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tolong hantar dia pulang,” kata netizen lain.

Dalam pada itu, selepas menyedari video mengenai dirinya menjadi tular, wanita berkenaan tampil memberikan komen.

“Mengapa anda semua begitu agresif? Itu hanya gurauan, saya tidak melakukan perkara buruk kepada orang lain dan tidak mengganggu lalu lintas. Saya tidak bekerja di Bali dan mempunyai perniagaan online,” katanya. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading