RAS ADIBA RADZI DIANUGERAH GELARAN DATUK, ANGGAP PENGHARGAAN BUAT OKU

Nampaknya bekas personaliti televisyen, Senator Ras Adiba Radzi juga turut dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Ras Adiba, 52, menerima PMW daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 pada Isnin lalu.

“Syukur Alhamdulillah. Segala puji-pujian buat Yang Esa,” ucapnya dalam satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.



Sementara itu, Ahli Dewan Negara dan atlet paralimpik negara itu menyifatkan penganugerahan itu sebagai satu penghormatan terbesar buat dirinya serta komuniti orang kurang upaya (OKU) negara ini.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Pengurniaan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berjuang, seterusnya memperkasakan komuniti OKU dan golongan memerlukan. Ia satu anugerah yang amat saya hargai kerana ini adalah penghargaan buat komuniti OKU dan ini adalah rezeki untuk semua.



“Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan terima kasih diucapkan kepada semua terutama keluarga dan sahabat yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya,” katanya kepada Bernama.

Ras Adiba dilantik sebagai Pengerusi Bernama untuk tempoh tiga tahun pada 23 November lepas. Selain menjadi wanita pertama yang memegang jawatan itu, Ras Adiba juga mengetuai badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak OKU, iaitu OKU Sentral.

Image_3.jpg

Image_4.jpg



NETIZEN JANGAN JADI ‘HAKIM’ KECAM RAS ADIBA TIDAK BERTUDUNG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button