26 maut dalam pertempuran di Afghanistan

05/02/2021 03:23 PM

KUNDUZ (Afghanistan), 5 Feb — Sekurang-kurangnya 26 orang termasuk 16 militia prokerajaan dan 10 anggota Taliban terbunuh dalam pertempuran di daerah Khanabad, wilayah Kunduz utara Afghanistan pada Jumaat, kata wakil ketua daerah Qutratullah Safi.

“Dalam pertempuran itu, 16 militia prokerajaan termasuk komandan Abdul Hakim dan 10 anggota Taliban terbunuh dan sembilan yang lain termasuk lima pemberontak cedera,” kata Safi kepada Agensi Berita China Xinhua.



Menurut penduduk kampung, ratusan anggota Taliban melancarkan serangan besar-besaran terhadap militia prokerajaan di daerah Tepa Akhtar di daerah Khanabad pada awal pagi, mencetuskan pertempuran sengit selama tiga jam.

Kejadian itu turut disahkan Ketua Majlis Wilayah Kunduz, Mohammad Yusuf.

Pihak Taliban belum memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

Serangan Taliban di selatan Afghanistan, ribuan larikan diri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button