Malaysia 3 Turkmenistan 1

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya mendahului Turkmenistan 3-1 selepas 45 minit pada aksi pertama Kumpulan E pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Anak buah Kim Pan Gon membuktikan ranking bukanlah segalanya apabila lebih mendominasi sebahagian besar permainan menentang pasukan yang berada di ranking ke-134 itu, iaitu 20 anak tangga di atas Malaysia.

Aksi garang yang diperagakan menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan skuad negara mudah mendahului 2-0 dalam tempoh 15 minit.



Safawi Rasid memberikan gol pembukaan pada minit ke-10 sebelum Faisal Halim menggandakan kelebihan lima minit berselang.

Annadurdyyev Altymyrat mengurangkan defisit pada minit ke-37 namun Corbin Ong mengembalikan kelebihan dua gol buat Malaysia di penghujung babak pertama.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading