Parti Amanah Kota Raja Bidas Kenyataan Nik Abduh

 Pemuda Amanah Kota Raja Bidas Kenyataan Nik Abduh

 

Amanah

Parti AMANAH Kota Raja membidas kenyataan Nik Abduh berkaitan kenyataan menyatakan PAS mengikuti perjuangan Nabi Muhammad SAW.



Menurut Faiz Fadzil, Pas seharusnya melaksanakan kata-kata dan bukan lagi menjual idea ‘Islam’ yang tidak menyelesaikan  masalah rakyat dan negara.

Jika Benar Ikut Nabi, Kenapa Pas menyokong Perkauman, Pengkhianatan dan Rasuah

1.Pas sekali lagi menjual agama bagi meraih sokongan politik apabila AJK Pas Pusat YB Ustaz Nik Abduh Nik Mat mendakwa perjuangan Pas mengikut perjuangan Nabi Muhammad SAW. Sebagai parti pemerintah, Pas seharusnya melaksanakan kata-kata dan bukan lagi menjual idea ‘Islam’ yang tidak menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Slogan ‘Islam penyelesai’ tidak dilihat dilaksanakan, walaupun menjadi sebahagian kabinet, wabak Covid-19 gagal diuruskan dengan baik dan ekonomi rakyat semakin parah hari ini.

2.Jika benar Pas menyokong perjuangan Baginda Nabi, kenapa Pas menyokong Umno dan berada bersama mereka dalam satu koalisi politik yang dikenali Muafakat Nasional sedangkan Umno memperjuangkan perkauman. Nabi mencegah perjuangan berasaskan perkauman yang dulu dibawa Pas ketika melawan Umno, tetapi Pas kini pula berada di landasan yang sama. Apakah Pas kini telah menggadai perjuangan ini semata-mata kerana kuasa politik?



3.Jika benar Pas menyokong perjuangan Baginda Nabi, kenapa Pas menyokong pengkhianatan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap mandat rakyat sehingga menjatuhkan kerajaan PH. Mandat rakyat adalah memilih PH sebagai kerajaan menggantikan BN, dan bukannya melantik TS Muhyiddin sebagai PM. Bukankah sifat Nabi adalah amanah, sedangkan khianat itu sifat keji yang ditentang Nabi. Apakah Pas sanggup menggadaikan perjuangan ini hanya kerana mabuk kuasa?

4.Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ada menyarankan penakrifan baharu rasuah dengan memberi contoh sumbangan kepada orang ramai bukan rasuah, namun adakah sumbangan dengan tujuan meraih sesuatu habuan bukan rasuah? Apakah Presiden Pas tidak sedar derma juga telah ditakrifkan sebagai rasuah di dalam Akta SPRM 2009? Jika Akta tersebut masih belum cukup Islamik, eloklah Pas membawa usul persendirian meminda Akta tersebut sepertimana perjuangan meminda Akta 355 yang sudahpun layu. Di samping itu, apakah tindakan Pas yang menyokong Dato’ Seri Najib Razak yang telah dihukum bersalah adalah mengikut ajaran Baginda Nabi?

5.Di mana Islam Pas sekarang, jika cabutan khas judi meningkat dari 8 ke 22 kali setahun, Kempen Beli Barangan Muslim (BMF) tidak diangkat polisi ekonomi negara dan kes-kes maksiat semakin mengancam hidup orang Islam negara ini. Justeru, persoalan di benak rakyat adakah Islam Pas suatu perjuangan Baginda Nabi atau sekadar candu politik?

Bagaimanapun Nik Abduh telah menjawap kekeliruan tersebut di facebook beliau.



Amanah yang masih lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan kini sudah mulai menyerang PAS dipercayai untuk mengelirukan pandangan penyokong Pas.

Jika dilihat selama 22 bulan menjadi sebahagian daripada kerajaan memerintah, Amanah sendiri tidak berupaya membuat atau merangka dasar yang lebih baik sebaliknya hanya akur dengan apa yang ditentukan Tun Mahathir.

Malah Presiden Amanah sendiri, YB Muhamad Sabu yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan berada dalam Majlis Presiden PH terlalu bergantung kepada Tun M serta Lim Guan Eng.



Tidak dapat dipastikan apa hala tuju Parti Amanah yang masih kekal dalam Pakatan Harapan sehingga hari ini. Adakah mereka (AMANAH) masih berharap Anwar Ibrahim akan berjaya menjadi Perdana Menteri setelah sekian lama mengidam jawatan tersebut?

Sepatutnya Amanah lebih telus dan berani berbicara hala tuju parti dan jika tidak relevan dengan Pakatan Harapan, parti itu wajar bergerak secara solo bagi menghadapi PRU15 kelak.

Cuma agak menghairankan mengapa PAS enggan menerima AMANAH jika mereka benar-benar mahu mewujudkan kerjasama parti parti terbesar orang Melayu.

Itu sepatutnya dijawap oleh Presiden Pas kerana AMANAH adalah antara parti berasaskan kaum Melayu Islam seperti PPBM dan Umno. Mahukah PAS menerima AMANAH?



Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button