BIRTHDAY KAKAK, FASHA IMBAU KENANGAN: “KAMI MEMBESAR TIDAK SEMEWAH…”
Sempena ulang tahun kelahiran kakak tercinta, pelakon Fasha Sandha ada berkongsi foto semasa kecil serta satu cerita mengimbau kembali kenangan menerusi laman Instagram.
Dalam entri tersebut, Fasha mendedahkan dia dan kakaknya, Nur Farra Sandha Hassan berasa sangat bahagia meski tidak dibesarkan dengan kemewahan atau kekayaan.
“Perjalanan kami membesar tidak semewah kanak-kanak lain, namun kami sangat bahagia. Selamat hari lahir buat kakak sulung kesayanganku Farra Sandha (gambar belah kanan tu ) I belah kiri tu, sama-sama comel kan.
“Kak, Walaupun you Always bully me when I was small, I know you love me kak. Thank You for always showering Your Unconditional love on me sejak kita kecik lagi.
“Happy 39th kakak Ku, jom dear followers ku semua doakan agar kakakku diberikan kesihatan yang baik dan sukses dunia akhirat.
“We love you kak. Hope to see u and family soon. Kakak kita takde IG sebab dia tak suka media sosial Kalau nak DM, boleh DM anak laki dia @dani_raiyan Happy birthday kakak 5th Feb,” tulisnya panjang lebar.
Melihat pada bahagian komen, rata-rata peminat memuji kecomelan wajah Fasha ketika masih kecil selain mengucapkan selamat hari lahir kepada kakak pelakon itu.
ELISYA SANDHA SELAMAT BERTUNANG DENGAN ANAK SHEILA RUSLY, UZAIR HAQIMY