Zamarul Hisham, dahulu dipuji sekarang dibenci

Oleh – Syeikh Baran


Zamarul Hisham, dahulu dipuji sekarang dibenci
WATAK kejam Zamarul dalam Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah dibenci ramai.

ZAMARUL Hisham naik hantu lagi! Pukul anak dan isteri, memang zalim.

Sudahlah kaki pukul dan panas baran, curang pula dengan isteri. Memang buat penonton benci dengan Zamarul.



Itu antara kejahatan yang berjaya ditonjolkan Zamarul menerusi watak Tuan Safuan dalam drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah.

Kehebatan lakonannya membuatkan ramai penonton drama yang sedang popular itu naik darah dan geram dengan karakter tersebut apatah lagi lakonan yang dipamerkan Zamarul tidak pernah mengecewakan.

“Zamarul kalau berlakon, emosinya lain macam. Berjaya memukau emosi penonton.

“Rasa seperti diri sendiri pula yang kena pukul. Hebat betul lakonan Zamarul, sumpah benci dengan Tuan Safuan!” puji penonton setia drama tersebut.



Selain Zamarul, antara pelakon hebat yang turut membintangi drama tersebut termasuklah Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan dan Azza Elite.

Sebelum ini, dia pernah menerima pujian ‘melambung’ apabila berjaya membuat penonton menitiskan air mata menerusi drama Saat Hilangnya Cintamu lakonan bersama Rita Nadira sekitar April tahun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button