Kluster Tahun Baru Cina Akan Meledak?
SOP Tahun Baru Cina 2021, Siapa Akan Dipersalahkan Kalau Kluster CNY Meledak?
Semalam kerajaan telah mengeluarkan garis panduan bagi sambutan Tahun Baru Cina 2021. Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi perayaan tersebut.
Pertikaian mengenai SOP mula meletus dikalangan netizen. Pelbagai reaksi diluncurkan menerusi media sosial mempersoalkan kelonggaran ‘Makan Besar’ yang membenarkan sehingga 15 orang.
Desakan awal daripada ahli parlimen DAP menuntut kelonggaran SOP diberikan ada berbaur perkauman. Lim Guan Eng misalnya memberikan gambaran kerajaan tidak sensitif kepada budaya kaum Tiong Hua dan tidak menghormati kaum Cina.
Begitu juga dengan seorang lagi ahli parlimen DAP. Hannah Yeoh pula memberi alasan ‘makan besar’ merupakan signifikasi penghormatan golongan muda kepada orang yang lebih tua.
Persoalannya pernahkah mereka (Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh) mempersoalkan larangan perayaan kaum lain di Malaysia? Sebagai sebuah parti politik, soal sensitiviti perayaan merupakan ‘lubuk’ buat mereka meraih populariti. Ini yang dilakukan mereka dalam isu SOP Tahun Baru Cina.
Adakah DAP sanggup mengambil tanggungjawab sekiranya berlaku ledakan ‘Kluster Covid CNY’? Bagi mereka asal nampak sebagai ‘Jaguh’ sudah memadai dan urusan selepas perayaan adalah tanggungjawab Menteri.
Sementara itu Kementerian Perpaduan Negara seperti tunduk kepada desakan DAP tanpa mengambil kira risiko pelepasan yang agak ‘luarbiasa’ dalam SOP CNY ini.
Menteri KPN juga perlu bersedia memikul tanggungjawab sekiranya letusan ‘Kluster Covid CNY’ berlaku. Mungkin Menteri perlu lebih sensitif dengan SOP yang agak pelik ini. Sebagaimana diketahui, kedai makan dan restoran dilarang sama sekali menyediakan makanan untuk dimakan dalam premis dan bila PKPB pula pelanggan hanya dihadkan 2 orang bagi setiap meja.
Bolehkah Menteri KPN memberi jaminan SOP CNY dipatuhi sepenuhnya? Adakah Kementerian Perpaduan Negara akan memantau setiap kediaman bagi pematuhan SOP yang disediakan?
DIKRITIK AJAK KELUARGA BERAYA DI PASAR MALAM – MICHAEL ANG JELAS GURAUAN TANPA NIAT