DIKRITIK AJAK KELUARGA BERAYA DI PASAR MALAM – MICHAEL ANG JELAS GURAUAN TANPA NIAT

Baru-baru ini, pengarah dan pelakon Michael Ang memuat naik satu entri dimana dia meminta semua ahli keluarganya untuk berjumpa di pasar malam sempena meraikan sambutan Tahun Baharu Cina (CNY). Bagaimanapun, kenyataan Michael atau mesra disapa Mike telah menerima kritikan.

Enggan ia terus disalah tafsir oleh netizen, pengarah drama ‘Marry Me, Senorita’ ini tampil memberitahu kenyataan itu hanyalah gurauan semata-mata. Menurut Michael, dia tidak mempunyai niat untuk memperkecilkan peniaga pasar malam.

Menerusi posting di laman Instagramnya, Michael menjelaskan pandangan yang dimuat naiknya itu hanya respons terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan kerajaan berhubung sambutan CNY yang bakal disambut minggu depan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Chill la saya gembira pasar malam dah buka semula dan orang boleh berniaga. Saya hanya bergurau bila keluarga saya cakap kami semua tak boleh balik rumah mak (bagi meraikan CNY), jadi saya cadangkan kepada semua (ahli keluarga) pergi pasar malam untuk berjumpa.

“Saya rasakan benda itu kelakar dan pasal itulah saya post. Janganlah emosi sangat dan nak cakap pasal kaya dan miskin. Ia hanya gurauan semata-mata tanpa niat nak memperkecilkan peniaga pasar malam. Tak suka apa yang saya post, sila unfollow. Kalau awak tak boleh terima gurauan itu, awak adalah seorang yang toksik dan tak boleh dibawa bergurau,” katanya.

Netizen sebelum ini mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan Michael sebagai tidak sensitif dengan keadaan semasa yang sedang melanda negara berikutan penularan pandemik Covid-19.

Image_3.jpg

Kenyataan Michael itu juga didakwa netizen sebagai tidak menghormati situasi sesetengah masyarakat yang begitu terkesan daripada segi kewangan sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kembali dilaksanakan pada 13 Januari lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis mengumumkan sambutan CNY pada tahun ini hanya boleh diadakan dengan mengikut SOP yang lebih ketat.

Antara SOP tersebut ialah sambutan perayaan hanya dibenarkan di rumah kediaman bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja. Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk membenarkan kedai gunting rambut, kedai cuci kereta dan pasar malam beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *