Kes mayat ditemukan terapung di sungai diklasifikasikan sebagai bunuh

Oleh – Syeikh Baran


Kes mayat ditemukan terapung di sungai diklasifikasikan sebagai bunuh
Mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Linggi dekat Paroi.

Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Linggi dekat Paroi di sini pada 27 April lalu sebagai kes bunuh dan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, ia susulan hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas si mati mendapati terdapat kecederaan retak di bahagian kepala dan patah tulang rahang yang terjadi ketika masih hidup.



Menurutnya, hasil siasatan awal polis keadaan mayat berseluar panjang tanpa baju, mempunyai tatu pada lengan sebelah kiri, kanan dan dada.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada si mati. Mayat si mati telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat terdapat kecederaan ke atas mangsa.

“Oleh yang demikian, kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil dan menghubungi pegawai penyiasat ASP Saufi Malik di talian 011-2062 5464 atau IPD Seremban 06-6033222 untuk membantu siasatan.



Terdahulu, media melaporkan niat seorang warga emas untuk menjala ikan terbantut apabila terlihat mayat lelaki terapung di Sungai Linggi, berhampiran Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading