PDRM siasat Che’gu Bard berkait hantaran kasino Forest City

Oleh – Syeikh Baran


PDRM siasat Che’gu Bard berkait hantaran kasino Forest City
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily

Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard disahkan ditahan reman selama dua hari sehingga esok.

Penahanan reman itu susulan hantaran yang dimuat naik di Facebook beliau mengaitkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan isu kasino di Forest City, Johor serta Agong sebagai benteng kritikan.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily mengesahkan tangkapan ke atas Che’gu Bard dibuat semalam.

“Reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah telah dimohon dan dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selama dua hari bermula hari ini hingga esok.

“Siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyarankan orang ramai agar tidak mencipta sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.



“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menggugat ketenteraman awam,” tegasnya.

Sebelumnya, Kosmo! melaporkan Che’gu Bard ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tapah, Perak kira-kira pukul 7 malam tadi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Peguambela dan peguamcaranya, Rafique Rashid berkata, tangkapan itu dibuat susulan hantaran di Facebook beliau mengenai kasino Forest City yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Terdahulu, Che’gu Bard menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hub kewangan yang akan dibina di Forest City, Johor.



Pada Khamis lalu, Anwar, Berjaya dan Genting Malaysia menafikan laporan Bloomberg dan menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media terbabit berhubung laporan itu.

Anwar menegaskan, laporan portal berita antarabangsa yang mendedahkan bahawa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) adalah tidak benar.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading