Vaksin sumbangan China tiba di Laos
09/02/2021 03:58 PM
VIENTIANE, 9 Feb — Kumpulan pertama vaksin COVID-19 sumbangan kerajaan China selamat tiba di Vientiane, Laos pagi Isnin.
Naib Presiden Laos, Phankham Viphavanh pada majlis penerimaan vaksin itu di Kementerian Kesihatan Laos merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan diberikan dan menyanjung kejayaan dicapai China ketika melawan penularan pandemik tersebut.
Beliau berkata, China turut menghantar dua kumpulan pakar dan menghulurkan bantuan bahan pencegahan wabak untuk membantu Laos meningkatkan kemampuan dan tahap membendung penularan wabak.
Jelasnya, ia sekali gus mempamerkan hubungan perkongsian strategik komprehensif, selain menyemai semangat “kejiranan dan persahabatan yang baik”.
Menurutnya, China telah memberikan bantuan kepada beberapa negara termasuk Laos dan ini menunjukkan tanggungjawabnya selaku negara besar dan semangat komuniti berkongsi nasib.
Sementara itu, katanya sebelum ini vaksin buatan China telah disuntik kepada golongan berisiko tinggi di Laos dan keselamatannya sudah terbukti.
Fasa seterusnya membabitkan pemvaksinan kepada kakitangan hospital dan kastam.
Usaha pemulihan ASEAN pasca COVID-19, teknologi digital main peranan besar