3 TAHUN PEGANG GELARAN DATUK – FARID HORMATI KEPUTUSAN MENARIK BALIK

“Assalamualaikum w.b.t. Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang. Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya,” demikianlah kata pelakon dan pengarah Farid Kamil.

Farid menjelaskan bahawa dia menerima keputusan daripada Istana Pahang yang telah menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepadanya dengan rasa hormat.



Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Diana Danielle itu turut menzahirkan perasaan berbesar hati kerana dapat menyandang gelaran itu untuk tempoh tiga tahun.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Farid serta beberapa artis lain telah dilarang untuk menggunakan gelaran Datuk berkuat kuasa dengan serta merta.



Perkara tersebut telah diumumkan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Pahang selaku Pendaftar Darjah.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Farid dikhabarkan bakal muncul dengan filem Remp-It 2 yang akan menemui penonton sekitar tahun ini.

Image_3.jpg

Image_4.jpg



GELARAN ‘DATUK’ BOY IMAN DAN FARID KAMIL DITARIK BALIK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button