Dua rakan edar 150.15 kg dadah berdepan hukuman gantung

11/02/2021 04:04 PM

KANGAR, 11 Feb — Dua rakan berdepan hukuman gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 150.15 kilogram pada 1 Feb lepas.

Fazeri Din, 51 dan Sukhon a/l Ewon, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.



Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi yang masih bebas, Amnat a/l Ratsamee di sebuah rumah di Kampung Batu Bertangkup, Jalan Kilang Gula daerah Padang Besar, kira-kira 7.50 pagi.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama serta dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kamaliza menetapkan 13 April sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Zulfadzli Salehen dan peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim serta Syed Saifulizan Syed Abd Razak mewakili Fazeri manakala Sukhon tidak diwakili peguam.



Penemuan strain baharu COVID-19, India gantung penerbangan dari Britain

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button