Filipina jangka terima 600,000 dos vaksin Sinovac pada 23 Februari

11/02/2021 05:45 PM

MOSCOW, 11 Feb — Filipina dijangka menerima kira-kira 600,000 dos vaksin COVID-19 dibangunkan syarikat farmaseutikal Sinovac, China pada 23 Februari, lapor Agensi Berita Sputnik.

Akhbar Philippine Star melaporkan pada Khamis, memetik jurucakap presiden Harry Roque, 100,000 dos akan diberikan kepada tentera Filipina.



Bagaimanapun, pemberian suntikan hanya boleh dibuat selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) negara itu meluluskan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA).

“Vaksin (Sinovac) akan disimpan sehingga kelulusan diberikan. Sekiranya EUA tidak dikeluarkan ia akan dikembalikan semula,” kata Roque.

Filipina menjangkakan menerima tambahan 25 juta dos vaksin China tahun ini.

Awal Januari lalu Filipina merancang mendapatkan 148 juta dos vaksin COVID-19 untuk diberikan kepada sekurang-kurangnya separuh daripada lebih 100 juta penduduknya pada tahun ini.



Bulan lalu, FDA meluluskan vaksin Pfizer dan BioNTech, kini sedang meneliti permohonan EUA vaksin Sputnik V dan AstraZeneca.

Brazil beli 100 juta dos vaksin Sinovac



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button