LINDA AKUI TAK ADA MASALAH DENGAN PIHAK HOSPITAL, TIADA SAMAN-MENYAMAN [VIDEO]
“Allahuakbar… Bismilahirahmannirrahim… Perjalanan hidup ni.. setiap hari ini la tempat yang Linda serta adik beradik dtg setiap hari untuk jaga arwah mak..
“Sempena hari kelahiran Linda 11/2/1978, Linda dengan rasa rendah hati ingin memberi tahu kepada semua masyarakat serta netizen kat luar sana yang Linda tidak pernah ada apa-apa masalah dengan pihak hospital sec7 Shah Alam..
“Kami tidak pernah bergaduh atau saman-menyaman.. apa yang berlaku di luar sana adalah pihak yang menanguk di air yg keruh.. (cukup la itu yang Linda ingin jelas kan)..
Klik untuk gambar besar
“Syukur Alhamdulilah kedatangan Linda pada petang tadi di sambut dengan penuh keceriaan.. segala keikhlasan, tujuan serta niat adalah untuk disedekahkan pahala ini khas untuk arwah mak (Rasimah binti Abd rahman)..,” demikianlah coret pelakon dan penyanyi Linda Rafar menerusi laman Instagram miliknya.
Dalam posting tersebut, Linda memuat naik sebuah video dan memberitahu tidak mempunyai maslh dengan pihak sebuah hospital di Shah Alam. Linda juga berkata yng dia tidak pernah bergaduh dan kedatangannya di hospital itu untuk memberikan sumbangan dan ia telah disambut dengan ceria.
Dalam pada itu, Linda turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kerana pengorbanandan usaha mereka membendung wabak pandemik COVID-19 tanpa mengira masa.
“Kepada barisan hadapan kami, terima kasih atas segala yang anda lakukan. Pengorbanan anda dalam malam tanpa tidur dan jadual harian yang tidak teratur memerlukan kekuatan yang amat tinggi.
“Terima kasih kerana berperanan besar dalam membendung wabak COVID-19 ini. Ramai pesakit telah anda bantu dari awal sampai akhir. Bantuan yang diberi kepada kami semua seolah-olah anda berjalan dalam api untuk menyelamatkan kami semua. Kami mengucapkan terima kasih atas kekuatan, dedikasi dan kasih sayang anda. Moga doa Linda ini kembali kepada anda.. amiin,” tuturnya lagi.
Terdahulu, Linda pernah memuat naik satu perkongsian di media sosial kerana berasa kesal atas layanan buruk seorang jururawat ketika arwah ibunya masih dirawat di sebuah hospital di Shah Alam tahun lalu.
LINDA GERAM, SEDIH IG DIGODAM: “MARA KE FINAL MACAM-MACAM BENDA BERLAKU”