Haaland gembira bantu City pintas Arsenal

London: Erling Haaland berkata Manchester City perlu meneruskan rentak kemenangan 3-1 di Arsenal hari ini untuk berada di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mempamerkan persembahan yang konsisten.

Pemain Norway itu menjaringkan gol ke-32 musim ini untuk mengesahkan tiga mata berharga seterusnya memintas Arsenal dari tangga teratas buat kali pertama sejak November.

Arsenal masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan ke atas pesaing mereka tetapi kini hanya memperoleh satu mata daripada tiga perlawanan terakhir mereka.



“Saya sangat gembira,” kata Haaland.

“Kami memerlukan kemenangan ini dan sekarang kami perlu mula berlari kerana itulah yang dilakukan Man City.”

Haaland beraksi kali pertama di EPL namun ramai antara rakan sepasukannya sudah menjadi sebahagian daripada pasukan yang memang empat gelaran bersama City sejak lima tahun yang lalu.



“City, kami – bukan saya tetapi semua pemain dan kelab di sini – adalah juara jadi anda boleh berkata ya,” tambah Haaland sama ada anak buah Pep Guardiola sudah memberikan persembahan sebagai juara.

“Mereka (Arsenal) adalah pasukan terbaik musim ini, jadi untuk datang ke tempat mereka dan menentang mereka bukanlah mudah dan kami dapat tiga mata penting.”

Guardiola menyifatkan persembahan babak pertama pasukannya “menggerunkan” tetapi memuji reaksi mereka selepas rehat.

Kevin De Bruyne menggunakan kesilapan Takehiro Tomiyasu untuk meletakkan City di depan tetapi Arsenal menyamakan kedudukan menerusi penalti Bukayo Saka.



Sepakan Jack Grealish yang membias mengekalkan kelebihan City 18 minit sebelum tamat dan Haaland menyempurnakan hantaran lintang De Bruyne untuk mengesahkan kemenangan.

“Mereka masih ada satu perlawanan dalam tangan dan saya masih memikirkan bahawa mereka adalah pendahulu tetapi kami mungkin boleh lapan, sembilan atau 10 mata di belakang dua minggu lalu, dan kini kami di sana,” kata Guardiola.

“Pada babak pertama mereka jauh lebih bagus daripada kami, babak kedua kami lebih baik. Pada babak pertama kami berkata bahawa kami tidak bermain, hanya bertahan, kerana mereka sangat bagus.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading