Public Mutual umum agihan lebih RM92 juta bagi lapan dana

Public Mutual umum agihan lebih RM92 juta bagi lapan dana
Public Mutual umum agihan lebih RM92 juta bagi lapan dana

Kuala Lumpur: Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM92 juta untuk lapan dana bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023.

Public Mutual dalam satu kenyataan semalam berkata, jumlah pengagihan kasar yang diumumkan termasuk PB Fixed Income Fund pada 3.5 sen seunit, PB Islamic Bond Fund (3.0 sen), PB Infrastructure Bond Fund (2.75 sen), PB Singapore Advantage-30 Equity Fund (1.0 sen) dan PB Balanced Fund (0.62 sen).

Dana lain yang turut diumumkan ialah Public Islamic Asean Growth Fund (1.0 sen), Public Institutional Bond Fund (0.60 sen) dan Public Islamic Savings Fund (0.10 sen).

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 170 dana di bawah pengurusannya.



Public Mutual umum agihan lebih RM92 juta bagi lapan dana


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading